If Ahmadiah is Not Muslim, then

This is the most interesting news. According to Menteri
 
“Fatwa yang sudah digazetkan dan dipinda menyatakan dengan jelas golongan Ahmadiyah sudah keluar daripada agama Islam dan bukan lagi dalam lingkungan agama Islam,” katanya merujuk keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang digazetkan pada 1992 serta dipinda pada 2000.
 
Justeru, jelas Mujahid, bidang kuasa Mahkamah Syariah mengikut Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan hanya terhad untuk orang Islam sahaja.
 
“Atas sebab mereka bukan Islam, maka sebab itulah fahaman saya ke atas keputusan itu, maka sudah tentu Mahkamah Syariah tidak ada hak ke atas mereka,” katanya kepada dipetik sebagai berkata.
 
If Ahmadiah is considered as non-Muslim (bukan Islam), here are few questions that arise.
 
1. Are they still considered as Malay? Because according to constitution Malay must be Muslim.
2. Shoud JPN remove Islam from the IC coz they are no more Muslim
3. If they want to get marry, are they going to register their marriage like the non-Muslim in JPN? What if the Ahmadiah wants to marry a sunni Muslim. Are we going to allow it?
4. If a person is a Muslim by birth and he declares that he is an Ahmadiah, does that mean he become an apostate? What about the syariah law about apostasy?
 
These are just some pertinent questions which we are interested to know.
 

Menteri: Jangan salah faham keputusan mahkamah kes pengikut Ahmadiyah

Diterbitkan  |  Dikemaskini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusuf menggesa orang ramai tidak salah faham keputusan mahkamah yang berpihak kepada pengikut ajaran Ahmadiyah.

Mujahid, yang dipetik FMT, berkata demikian sebagai merujuk Keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam yang memutuskan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak berhak menghalang dan mengambil tindakan ke atas pengikut Ahmadiyah.

“Soalan paling utama dikeluarkan oleh mahkamah ialah sama ada Jais ada kuasa atau tidak untuk ambil tindakan kepada golongan Ahmadiyah.

“Fatwa yang sudah digazetkan dan dipinda menyatakan dengan jelas golongan Ahmadiyah sudah keluar daripada agama Islam dan bukan lagi dalam lingkungan agama Islam,” katanya merujuk keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang digazetkan pada 1992 serta dipinda pada 2000.

Justeru, jelas Mujahid, bidang kuasa Mahkamah Syariah mengikut Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan hanya terhad untuk orang Islam sahaja.

“Atas sebab mereka bukan Islam, maka sebab itulah fahaman saya ke atas keputusan itu, maka sudah tentu Mahkamah Syariah tidak ada hak ke atas mereka,” katanya kepada dipetik sebagai berkata.

Dalam laporan itu, Mujahid turut menegaskan keputusan mahkamah itu tidak bererti beliau bersetuju dengan pengikut ajaran berkenaan, namun tambahnya, beliau bercakap atas dasar undang-undang.

Mujahid turut mengingatkan orang ramai agar tidak membandingkan ajaran Islam dengan ajaran Ahmadiyah yang sudah difatwakan sesat.

“Masyarakat perlu jelas, Ahmadiah bukan Islam. Mereka bukan beragama Islam. Tidak perlu terpengaruh, walaupun namanya Ahmadiah. Nama itu biarkan dia,” katanya.

Hakim Vazeer Alam Mydin semalam memutuskan pengikut Ahmadiyah boleh meneruskan aktiviti mereka di Selangor.

Keputusan itu adalah berhubung permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh 39 pengikut ajaran Ahmadiyah susulan serbuan Jais pada 11 April 2014 terhadap sebuah unit rumah kedai di Taman Perindustrian Dolomite, Batu Caves yang dijadikan markas jemaah terbabit.

Ajaran Ahmadiyah diasaskan Mirza Ghulam Ahmad pada 1889 di India dan telah difatwakan ‘sesat’ oleh pihak berkuasa agama negeri Selangor pada 1998.

Leave a comment