Tag Archives: Proton IRIZ

Perbezaan antara MP dan “Cybertrooper”

 

Rafizi Ramli, Ahli Parlimen bergaji 13 ribu

Rafizi Ramli, Ahli Parlimen bergaji 13 ribu

Mari kita lihat kecerdikan seorang ahli parlimen, Rafizi Ramli yang dibayar 13 ribu sebulan dengan WANG RAKYAT berbanding dengan apa yang beliau selalu kata (cybertrooper yang saya yakin tidak dibayar oleh sesiapa pun).

Menurut Rafizi dalam blog post beliau, “Dato’ Seri Najib Tun Razak menaikkan bayaran BR1M daripada RM1,200 (penerima e-Kasih atau pendapatan isirumah bawah RM1,200), RM1,000 (orang tua), RM900 (pendapatan isirumah antara RM3,000 dan RM4,000) atau RM450 (orang bujang berpendapatan bawah RM2,000) kepada RM40,000 setiap penerima BR1M” supaya mereka boleh membeli Proton Iriz untuk menjadi menjadi pemandu Uber atau Grabcar.

Kemudian dakwa Rafizi Ramli lagi, “Jika BR1M diberikan pada kadar sekarang (antara RM450 hingga RM1,200 sahaja), penerima BR1M hanya mampu membayar ansuran bulanan sebanyak maksimum dua bulan sahaja. Mereka hanya sempat menjadi pemandu Uber dan Grabcar selama 2 bulan sahaja.

Begitulah logik serta kecerdikan seorang yang bergelar ahli parlimen yang dibayar gaji 13 ribu dengan WANG RAKYAT membuat kira-kira.

Proton Iriz

Proton Iriz

Mari pula kita lihat kira-kira seorang “cybertrooper” bernama Raziz Rashid (credit to him) yang saya yakin tidak dibayar oleh sesiapa pun.

JANA PENDAPATAN TAMBAHAN LEBIH DARI RM1,500.00 SEBULAN

Guna BR1M untuk beli Proton IRIZ 1.3 MT untuk meniaga UBER X secara separuh masa (53 jam seminggu).

***ANGGARAN***

Harga Proton IRIZ 1.3 MT= RM41,520.00
BR1M Fasa 1 = RM300.00 (minima)

Rebat Kerajaan = RM4,000.00
Gunakan BR1M dan Rebat Kerajaan untuk deposit 10% harga kereta = RM4,300.00
Faedah Bank = 4.0% (maksimum)
Tempoh Pinjaman = 108 bulan (9 tahun)
Bayaran Bulanan = RM468.70 *rujuk jadual di bawah*
Purata pendapatan bulanan UBER X secara separuh masa= RM3,232.00 *rujuk jadual di bawah*
Petrol Proton Iriz 1.3 MT= 6.6L/100km
Purata perjalanan untuk sebulan = 25 km/jam x 53 jam = 1,325km x 4 minggu = 5,300km sebulan
Penggunaan Petrol = 6.6L/100km x 5,300km = 349.8L/bulan
Bayaran Penggunaan Petrol = 349.8L/bulan x RM2.10 = RM734.58/bulan
Servis Kereta setiap 10,000km = RM20.00 (oil filter) + RM 125.00 (minyak enjin) = RM135.00
Lain-lain perbelanjaan = RM200.00
Untung bersih = RM3,232.00 – RM468.70 – RM734.58 – RM135.00 -RM200.00 = RM1693.72
Penambahan pendapatan sebulan dengan berniaga UBER X secara separuh masa (53 jam seminggu) adalah: RM1,693.72

Bandingkan saja standard seorang ahli parlimen bergaji 13 ribu yang dibayar dengan WANG RAKYAT, yang berkelulusan luar negara (dengan biasiswa dari WANG RAKYAT) dan pernah menjadi ahli korporat sampai ke tahap pengurus kanan, pengurus besar dan ketua eksekutif pejabat penasihat ekonomi Selangor dengan seorang yang beliau sering dakwa sebagai “cybertrooper”. Seorang ahli parlimen yang berkelulusan luar negara dengan pengalaman sedemikan membuat kira-kira yang begitu simplisitik yang mana budak darjah 6 pun tau ia tak logik dan langsung tak mengambil kira banyak perkara. Yang herannya masih ramai dok percaya.

Hanya orang yang standard macam ahli parlilmen tu boleh percaya apa yang ditulis dan didakwa beliau. Adakah kita nak letakkan negara kita dibawah oang yang akalnya tahap demikian? Tidak hairan mengapa Rafizi asyik kena malu dan kalah saman aje sebab semua benda dia buat separuh masak.

Advertisements