Tag Archives: 2.6 billions

Siapakah Orang Yang Lekeh?

Apabila diumumkan berita Dato Seri Najib tidak bersalah dalam kes 2.6 billion, timbullah pelbagai komen di media sosial. Ada yang rasa lega, dan ada yang rasa tak puas hati sebab bagi mereka, kebenaran hanya apa yang berpihak pada mereka. Dalam banyak-banyak komen, tersebar satu hadith tanda kiamat sebagaimana yang kita dapat lihat dibawah ini.

IMG-20160126-WA0028

Apa yang menarik dalam hadith ini ialah ia boleh digunakan keatas kedua-dua pihak, sama ada yang pro-Najib ataupun yang anti-Najib. Bagi yang pro Najib, mereka akan mengatakan Najib adalah contoh golongan yang amanah, tetapi dianggap khianat. Sekiranya kita lihat komen di media sosial, ada kebenarannya. Walaupun AG telah membebaskan Najib dari sebarang tuduhan berdasarkan bukti serta siasatan MACC, dll, komen-komen media sosial tetap menyatakan Najib bersalah.

Manakala pihak anti-Najib pula mengatakan Najib adalah contoh golongan yang khianat, tetapi dianggap amanah. Bagi mereka, Najib dianggap amanah kerana dibebaskan mahkamah, sedangkan bagi mereka Najib tetap khianat.

Dalam tulisan ini, tak perlu kita nak perdebatkan siapa yang amanah dan siapa yang khianat. Masing-masing memang dah ada pendapat sendiri. Apa yang ini diketengahkan ialah lanjutan daripada hadith tersebut. Setelah dibicara akan golongan yang amanah dianggap khianah dan yang khianat dianggap amanah, dibicarakan akan golongan Ruwaibidoh. Pada ketika itu, ramainya Ruwaibidoh yang berbicara. Jadi siapakah golongan Ruwaibidoh? Dalam hadith itu sendiri, diterangkan bahawa Ruwaibidoh adalah golongan yang lekeh (dalam terjemahan lain juga ada yang menggunakan istilah orang yang jahil) berbicara tentang urusan awam.

Siapakah orang yang lekeh (jahil) yang berbicara tentang urusan awam? Seringkali kita dengan golongan artis berbicara tentang hukum hakam agama. Begitu juga ahli politik, malah ada yang bukan Islam berbicara tentang hukum hakam agama, hudud, halal haram dll. Ia tidak sekadar melibatkan hal agama. Hal duniawi pun sama. Umpama ada ahli politik yang berbicara tentang sisa Nuklear sedangkan pakar Nukear sendiri kata tiada masalah.

Dalam kes penghakiman juga, kita lihat ramainya orang awam yang berbicara tentang urusan penghakiman. Mereka menjatuhkan hukuman bersalah pada Najib mendahului peguam negara, padahal kebanyakan yang menjatuhkan hukuman ini kertas siasatan pun tak pernah lihat. Antara peguam negara dan si pengomen laman sosial, siapakah golongan yang lekeh (jahil). Namun begitu, pengomen-pengomen ini berbicara tentang urusan awam (issue Dato Seri Najib) seolah-olah mereka ini lebih berpengetahuan dari peguam negara. Padahal, kita tak perlu jadi roket saintist untuk mengetahui yang pengomen ini adalah golongan yang lekeh (jahil).

Jadi, dalam hadith ini, siapa yang khianat, siapa yang amanah masih boleh diperdebatkan. Tetapi siapakah Ruwaibidoh dalam kes ini adalah amat jelas.

Semoga kita semua diberi petunjuk dan dilindungi Allah S.W.T.

Checklist to become Rakyat Hakim Negara

Before we start to make accusation and become the rakyat hakim negara on the 2.6 billions issue do the following checklist

Have you perused all the witness statements and the documents in the investigation papers?
You:
AG: Yes

Have you perused response given by MACC and query MCCA for clarification in relation to the investigation paper?
You:
AG: Yes

Have you look at the evidence from witnesses and supporting documents submitted to  by the MACC?
You:
AG: Yes

Have you met with the donor?
You:
AG: (Probably No), but MACC in their investigation has personally met and recorded statements from witnesses. This recorded statement should be in the MACC report to AG.

I believe 99.9% of the rakyat will have to answer NO to the checklist. So, what makes you think you have more right than the AG to pass the judgement? Unfortunately, many seem to believe that they have more right to pass the judgement. Worse, I see many who are suppose to be champion in religiosity are so eager to question the judgement. Some would even say “Allah lepaskan di dunia supaya boleh di balas di akhirat”. Wow, it seems that Allah is also not spared. Allah has to punish someone according to your whims and fancies.

This is my call to my fellow Muslim. If you believe in Allah and Rasul and the Akhirat, assess yourself before you start to assess the others. Najib has his part in the Akhirat and only Allah knows. But Najib has nothing to do with our part in the Akhirat. Before you try to become the Hakim Negara, ask yourself, do you really qualified?

A fellow of my friend said “Mahkamah dunia sudah putuskan. Benar atau tidak kita serahkan pada mahkamah akhirat kelak. Sambil tu, usah komen lebih lebih kerana bimbang tukang komen juga kena masuk mahkamah pada hari akhirat kelak”.