NFC dan Sifat Hasad Sesetengah Manusia Beragama Islam

comment

Apabila diumumkan Pengerusi Eksekutif NFC bebas dari tuduhan pecah amanah, kita lihat muncul begitu banyak sekali komen-komen negative yang mempertikaikan keputusan tersebut.

Dalam banyak-banyak komen tu, yang dari golongan non-Muslim tu tak perlu di perkatakanlah. Kita memang sedia tahu akan sentimen mereka dan bagi mereka halal-haram bukanya mereka peduli. Lagipun mereka bukannya peduli apa yang dikatakan persaudaraan mahupun berbaik sangka sesama Muslim.

comment2

Jangan pula ada yang salah sangka bahawa kita mahu mempertahankan orang yang korup. Kalau benar berlaku korupsi, maka kitalah orang yang paling awal menentangnya. Akan tetapi dalam kebanyakan kes, korup ataupun tidak bukanlah suatu yang kita sebagai orang awam yang boleh menjatuhkan hukuman. Setiap orang perlu diberikan hak keadilan. Apatah dalam dunia informasi yang penuh dengan persepsi dan fitnah yang mana fitnah ini boleh dicipta oleh musuh politik untuk menjatuhkan lawan.

Adalah amat malang, dalam kes NFC, ramai yang terlebih menjatuhkan hukuman. Bagi mereka, hukuman ini adalah atas dasar kepuasan, bukan demi keadilan. Segala bukti mahkamah, prosedure, peraturan dan undang-undang ditolak tepi kerana hukuman bagi mereka perlu dijatuhakn menurut apa yang mereka rasa benar dan patut. Apa bila pemimpin yang mereka sayangi dijatuhkan hukuman atas hujah-hujah pendakwaraya  yang mantap, bukti-bukti kes dan kegagalan pemimpin mereka untuk mempertahankan diri di mahkamah walaupun diberi peluang tangguh dan segala pakar-pakar yang diimport, mereka tetap mengatakan pemimpin mereka ini tidak bersalah. Sedangkan dalam kes lain, apabila segala bukti-bukti serta prosedure menunjukan tiada berlaku pecah amanah, mereka tetap mengatakan orang itu bersalah, kerana orang itu dimusuhinya. Ini bukan contoh mentaliti kelas ketiga, tetapi ia adalah contoh mentaliti yang tiada kelas langsung. Umpama ungkas yang tinggal dihutan yang tiada undang-undang dan peraturan. Hanya hawa nafsu yang dijadikan panduan.

Lebih malang, saya lihat ramai yang berkata sedemikan adalah dari golongan orang Islam penyokong pembangkang, khususnya Pas dan Amanah. Ramai yang saya petik dari facebook saya yang mana mereka inilah juara dalam segala bentuk “kealiman”. Seringkali kita lihat mereka share macam macam pasal agama, doa ini, doa itu, sabda ini sabda itu, artikel penuh kecintaan mereka pada agama, pada ulama, tetapi akhirnya mereka merasa sakit hati melihat keadlian memihak pada seorang Islam yang lain.

Sama ada kita setuju ataupun tidak, sebagai seorang awam yang tidak mengetahui proses perundangan secara terperinci, kita sepatutnya bersangka baik (husnu zhan) dan memberi ruang pada mereka yang dituduh kerana berkemungkinan mereka ini benar-benar tidak bersalah. Sekurang-kurangnya, kalau tidak bersetuju pun, lebih baik diam dan mendoakan agar kebenaran akan muncul. Sebaliknya golongan ini seolah-olah merasakan diri mereka lebih tahu akan siapa yang bersalah. Dalam erti kata lain, mereka tidak mahu memberikan apa-apa ruang keadilan. Mereka ini cuma mahu melihat orang itu mati, baru hati mereka puas.

Amat malang, begitulah mentaliti ramai dari rakyat Malaysia, khususnya mereka yang kuat agama yang menyokong parti pembangkang. Tidakkah golongan yang amat suka kepada penubuhan negara Islam ini tahu bahawa terdapat hadith sahih yang mengatakan

“Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Cuba bayangkan kalau orang yang dituduh itu adalah ayah kepada kita atapun adik, abang dan ibu kita. Tidakkah kita mahu melihat mereka ini diberikan keadilan yang sewajarnya? Jadi mengapa anda tidak menginginkan keadilan yang sewajar juga diberikan kepada ayah, ibu, adik dan abang kepada saudara Islam anda yang lain?

Tegakkanlah Islam dalam diri anda, nescaya akan tertegak negara Islam. Malangnya, golongan ini hanya pandai cakap pasal negara Islam sedangkan konsep persaudaraan Islam yang begitu mudah pun mereka tidak faham.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s