Usaha Terdesak Khalid Samad “Menghalalkan” Anwarinas Langgar Hadi

Khalid Samad sebagaimana yang dipetik dari Malaysiakini telah mendakwa

Baiah yang disebut-sebut dibuat oleh anggota PAS sebenarnya dilakukan untuk mengikrarkan taat setia kepada Allah dan Rasul dan bukannya mana-mana pemimpin, kata anggota Jawatankuasa Pusat PAS, Khalid Samad.

Ini adalah usaha terdesak beliau untuk menghalalkan puak-puak Anwarinas melanggar Haji Hadi. Benarkah dakwaan bahawa taat setia hanya kepada Allah dan Rasul dan bukannya mana-mana pemimpin? Inilah contoh kalimah yang hak, digunakan dengan maksud yang bathil.

Pertama, kita menjawab beliau bukan kerana kita ini penyokong PAS, tetapi kita menjawab Khalid Samad kerana terdapat kesalahan yang nyata dalam dakwaan beliau.

Kedua, dimanakah kita nak letak ayat al-quran “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Uli’l-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu” [4:59].

Apakah bila YB Khalid Samad membuat fatwa, fatwanya terpilih-pilih menurut keadaan yang mana sesetengah ayat al-quran itu boleh disembunyikan untuk disesuaikan dengan keadaan?

Mungkin YB Khalid Samad akan menjawab, Haji Hadi itu bukan uli’l amri. Kalau macam tu kita nak tanya YB, siapakah uli’l amri bagi YB Khalid Samad. Mungkin Najib kot pasal Najib kan pemimpin negara, ataupun mungkin Anwar Ibrahim?

Ketiga, kalau pun YB Khalid Samad enggan mengaku Haji Hadi sebagai uli’l amri, kenyataan YB Khalid Samad juga penuh dengan penyelewengan. Sejarah Islam menyaksikan perkara yang sama juga berlaku yang mana hujah yang sama juga digunakan oleh puak Khawarij bagi menghalalkan darah Ali r.a. Mereka bunuh Ali r.a. juga atas dakwaan ketaatan itu hanya pada Allah dan Rasul dan oleh kerana Ali r.a. telah menyeleweng dari ketaat pada Allah dan Rasul menurut tafsiran mereka, maka darah beliau halal.

Ketaatan terhadap Allah dan Rasul itu adalah sesuatu yang jelas, masalahnya ialah tafsiran terhadap apa yang dikatakan sebagai taat pada Allah dan Rasul itu adalah subjektif menurut kefahaman serta ilmu individu. Dalam dunia Islam, ada lebih 1 bilion Muslim. Setiap orang mempunyai tafsiran sendiri tentang apa yang layak dikatakan taat pada Allah dan Rasul. Jika pendapat YB Khalid Samad ini diambil, maka setiap orang Islam akan mendakwa orang Islam yang lain tidak taat pada Allah dan rasul.

Inilah kecelaruan serta salah faham dalam pemikiran YB Khalid Samad. Kalimah yang digunakan nampak macam hak, sedangkan maksud dan implementasinya adalah bathil. Islam sebagai agama yang sempurna mengariskan panduan kepada ummah. Dalam ummah itu akan ada yang dipertanggungjawabkan sebagai pemimpin dan ulama. Mereka ini adalah uli’l amri yang mana mereka dipertanggungjawabkan untuk membuat kata putus dalam urusan umat Islam. Dalam hal-hal agama, kita ada para ulama yang mengeluarkan fatwa. Begitu juga dalam hal dunia, kita ada pemimpin yang membuat keputusan bagi jemaah. Oleh itu, sebagai orang yang dipimpin, tugas dan tanggungjawab kita adalah untuk taat pada keputusan dan fatwa yang dibuat pemimpin dan para ulama, selagi mana ia tidak jelas bercanggah dengan hukum Allah dan Rasul. Dengan itu, barulah satu jemaah Muslim dapat berjalan dengan teratur.

Oleh itu, dakwaan YB Khalid Samad adalah ternyata palsu apabila beliau mendakwa ketaat itu hanya pada Allah dan Rasul dan tidak pada mana-mana pemimpin. Malah dakwaan YB ini amat bahaya. Misalnya, dalam petikan tersebut, dikata YB menyebut ““Selagi mana presiden itu patuh pada ajaran Islam, ia OK.” Perkataan “selagi mana presiden itu patuh pada ajaran Islam” itu terbuka pada pelbagai tafsiran individu. Bagi golongan yang anti Haji Hadi, mereka mungkin mentafsirkan Haji Hadi sebagai tidak patuh pada ajaran Islam, dengan itu layak diperangi, sedangkan penyokong Haji Hadi pula mentafsirkan yang sebaliknya. Sejarah Islam juga melihat puak Khawarij mentafsirkan Ali r.a. sebagai tidak patuh pada ajaran Islam sehingga akhirnya Ali r.a. dibunuh oleh puak Khawarij.

Inilah bahananya bila setiap orang merasakan diri mereka layak menjadi jurucakap tentang Islam. Rasulullah s.a.w. mengingatkan kita bahawa diakhir zaman, akan muncul banyaknya golongan Ruwaybidah.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. “Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan “Ruwaibidhah””. Sahabat bertanya, “Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?”. Nabi saw. menjawab, “Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”.

(H.R. Ibnu Majah)

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s