Krisis Selangor – Episod Kebodohan Politik Pas

Krisis Selangor menampakkan episod kebodohan politik PAS. Akibatnya, PAS hari ini dimalukan dengan semalu-malunya, khususnya presiden Pas dan golongan Ulama. Ini adalah lantaran kebodohan politik dan sikap tergesa-gesa.

Kebodohan politik Pas dalam menangani isu Selangor adalah seperti berikut

1. Apabila presiden PAS secara terbuka memberikan sokongan pada Khalid Ibrahim, PAS tidak sepatutnya mengadakan mesyuarat lagi. Mengapa bermesyuarat tentang sesuatu keputusan yang sudah di nyatakan oleh presiden parti? Tidak penting sama ada keputusan itu betul atau tidak, apabila suatu keputusan itu dibuat secara terbuka oleh Presiden, maka tidak sepatutnya ada lagi mesyuarat untuk membincangkan keputusan tersebut. Kalau keputusan mesyuarat itu bercanggah dengan keputusan presiden, nescaya amat malu presiden parti, dan inilah yang berlaku.

Haji Hadi kalau beliau ada maruah sepatutnya meletak jawatan sebagai presiden Pas. Ini kerana, secara terang-terang beliau tidak mendapat sokongan dari ahli majlis tertinggi PAS dan keputusan beliau jelas tidak lagi dihormati. Apakah Haji Hadi tidak malu menjadi presiden Pas yang tidak mendapat sokongan dari ahli majlisnya dan keputusan yang dibuat beliau tidak dihormati?

2. Apabila presiden sudah membuat keputusan, majlis syura tidak sepatutnya bermesyuarat lagi, apatah membuat satu mesyuarat sebelum mesyuarat majlis tertinggi. Ini akan memberikan gambaran terdapat beberapa kumpulan membuat keputusan dalam Pas dan kumpulan ini mempunyai kecenderungan yang berbeza.

Tetapi akibat kebodohan politik, kesalahan sedemikian dilakukan. Hasilnya, majlis syura ulama juga dimalukan oleh keputusan yang dibuat oleh majlis tertinggi. Ia juga menggambarkan bahawa dalam Pas ada pihak-pihak berbeza yang membuat keputusan untuk parti dan dalam masa yang sama keputusan ini mungkin tidak sah.

Tidak bolehkah Pas menyelesaikan kemelut mereka secara dalaman dan mengumumkan satu keputusan yang diambil oleh parti? Tetapi nampaknya dalam Pas sendiri ada pihak-pihak yang berkepentingan yang membuat keputusan berdasarkan kecenderungan politik sendiri.

Inilah kebodohan dalam politik Pas yang ditonjolkan dalam krisis Selangor. Sama ada puak Anwarinas bergembira dengan keputusan majlis tertinggi tidak penting. Yang penting, kita lihat kebodohan parti Pas sendiri. Bagaimana kita mahu mengamanahan negara dan agama pada puak-puak ini kalau perkara yang begitu asas pun kita lihat Pas kantoi dengan sekantoi-kantoinya. Saya pun tidak tahu bahana apa yang sedang dialami oleh Pas, tetapi jelas, Pas pada hari ini adalah berada ditahap yang sehina-hinanya.

 

 

One thought on “Krisis Selangor – Episod Kebodohan Politik Pas

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s