Apabila Ada Manusia Mendakwa Politiknya ialah Politik Rahmatul Lil ‘Aalamin

Baru aje buat post dah ada follow up issue. Ikuti Update di penghujung post

Masih belum habis lagi kita dengan Khalid Samad. Dalam posting blog beliau yang selanjutnya, beliau mendakwa

Persoalannya sekarang, adakah ianya “politik songsang” sepertimana yang Zam-kata; atau politik Rahmatul Lil ‘Aalamin sepertimana yang dikatakan oleh Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud

http://www.khalidsamad.com/2014/07/sandiwara-politik-umno.html

Khalid Samad tidak segan silu memberi gambaran seolah-olah politik yang dibawanya adalah politik Rahmatul Lil ‘Aalamin padahal, ayat yang di petik beliau

“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam” (Al-‘Anbyā’ 21:107).

jelas merupakan ayat yang ditujukan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Apakah beliau mahu memberikan gambaran bahawa segala tindak-tanduk beliau adalah adalah tindak tanduk yang selaras dengan sifat Rahmatul Lil ‘Aalamin sebagaimana perutusan Nabi Muhammad S.A.W. oleh Allah S.W.T. kepada umat manusia?

Saya tidak mahu mengulas lanjut dalam hal ini, tapi cukuplah untuk saudara pembaca semua nilaikan sendiri, apakah kewajaran seorang manusia biasa menggunakan ayat yang ditujukan pada Nabi Muhammad S.A.W. untuk disandarkan pada tindak tanduk diri sendiri.

Kita letak hal di atas ke tepi untuk nilaian pembaca. YB Khalid mungkin merasa seolah-olah politik diri sendiri adalah Rahmatul Aalamin. Ini kerana puji-pujian oleh orang kafir terhadap tindak tanduk YB. Tapi hakikatnya ramai orang Islam sendiri menyampah dengan tindak tanduk YB. Kalau kita lihat dakwah Nabi Muhammad S.A.W., jelas beliau diperangi oleh orang Kafir. Memang ada orang kafir yang tidak memerangi beliau, tetapi peratusan yang memerangi beliau jelas lebih dari yang tidak.

Hakikat politik Khalid Samad berbeza sama sekali kerana dalam politik beliau, orang kafir melemparkan puji-pujian terhadap beliau, sedangkan ramai orang Islam menyampah dan mencaci beliau. Jadi bagaimana seseorang itu boleh tergamak untuk menggunakan istilah yang diberikan Allah S.W.T. kepada Nabi Muhammad S.A.W. sedangkan tidak tanduknya jelas berbeza. Disini aje pun kita boleh nampak ada benda yang tak kena.

Dalam dakwah Nabi S.A.W. pun, sekiranya baginda tunduk pada kehendak puak kafirun, nescaya beliau juga akan mendapat puji-pujian dari puak kafir. Sama juga dalam kes hari ini. Nak orang bukan Islam puji bukan susah, sama juga nak puak gay puji bukan susah. Sokong aje apa yang dia orang suka, mesti dia orang puji. Lepas tu mendabik dada kata akulah pembawa politik Rahmatul Aalamin.

Kepada Khalid Samad, cukup-cukuplah dalam berpolitik menggunakan agama. Jangan cepat mengambila ayat-ayat Quran atau kisah-kisah seerah untuk dijustifikasikan pada tindak tanduk diri sendiri padahal mungkin tindakan kita ini jelas bercanggah dengan ayat mahupun seerah yang kita cuba guna. Akhir sekali, apakah kelayakan kita sebagai manusia untuk secara sewenang-wenang untuk memberikan gambaran seolah-olah tindak tanduk kita ini dijustifikasikan oleh ayat-ayat Quran?

UPDATE

Baru aje habis posting, ternampak pula tweeter KS ini di blog http://darulehsantoday.blogspot.com/2014/07/khalid-samad-sedih-ajk-surau-dan-masjid.html

Bagaimanakah seseorang itu boleh mendabik dada mengatakan politik beliau seolah-olah politik Rahmatul Alalamin sedangkan 40 surau dan masjid beliau pergi, orang Islam dok caci dia.

Lebih malang, kita lihat tweet beliau sendiri. Golongan yang hati ditutup Allah? Wow. Apakah Khalid dapat wahyu dari Allah yang beliau ketahui hati siapakah yang ditutup Allah? Apakah kalau tak sokong tindakan beliau, hati sudah di tutup Allah?

Antara dosa yang paling besar ialah memperkatakan tentang Allah sesuatu yang kita tidak ketahui mengenainya. Mendakwa Allah menutup hati orang tertentu sedankan kita tidak ada ilmu mengenainya adalah termasuk dalam salah satu tindakan tersebut. Di sini saja kita lihat kecetekan ilmu Khalid Samad kerana orang yang cetek ilmu akan mendakwa sesuatu tentang Allah S.W.T. secara sewenang-wenangnya.

P.S. Teringat seorang blogger PAS bernama Tulang Besi yang perangai tak ubah dalam hal ini. Patutlah beliau tu penyokong tegar si Khalid Samad

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s