RE: Kenyataan Akhbar Khalid Samad

YB Khalid Samad memberikan kenyataan akhbar yang boleh dirujuk pada blog beliau.

Akan tetapi, kenyataan akhbar beliau menimbulkan lebih banyak kemusykilan. Berikut adalah beberapa point yang perlu diberi perhatian.

Cadangan ini dikemukakan kerana yang selalu menimbulkan masalah adalah dari sudut perlaksanaan, samada berhemah atau sebaliknya.

Masalahnya ialah takrifan berhemah atau sebaliknya. Bagi khalid samad, ia berhemah apabila ia menurut acuan saudara dan tidak berhemah sekiranya tidak menepati selera saudara. Umpamanya dalam kes rampasan bible, bagi YB khalid ia tidak berhemah, tetapi bagi kebanyakan orang Islam, ia memang patut. Jadi apakah MAIS ini perlu menurut telunjuk YB Khalid dalam menentukan mana itu hemah dan mana itu tidak? Itulah sebabnya Sultan kata Khalid biadap.

Cadangan yang saya kemukakan bertujuan menyelamatkan Tuanku dari cemuhan

Bukankah Khalid sendiri tweet kata lebih takut kepada murka Allah daripada murka manusia. Jadi apakah YB Khalid mahu menasihati baginda Sultan supaya takutkan “murka” manusia dalam bentuk cemuhan (khususnya puak-puak kafir dari RBA) daripada murka Allah? BTW, apakah YB Khalid mempunyai lesen untuk menentukan Allah murka pada siapa? Barangkali orang yang YB anggap mendapat murka Allah itulah yang sebenarnya berada diatas jalan yang benar. Jadi tindakan YB Khalid jelas merendahkan martabat Sultan kerana YB menganggap seolah-olah hanya diri sendiri yang takut pada murka Allah sedangkan baginda Tuanku perlu takut pada cemuhan manusia.

Hakikatnya cemuhan manusia itu sudah pasti, apatah dari puak-puak RBA yang jelas amat anti Islam (dan Raja-raja). Kalau MAIS dan baginda tuanku perlu takut pada cemuhan golongan ini, nescaya mereka tidak akan dapat mempertahankan kesucian agama Islam. Akhirnya orang Islam akan tunduk pada kehendak puak-puak kafir ini dan segala betul dan salah bagi umat Islam adalah menurut apa yang tidak dicemuh puak-puak ini. Kalau mereka sokong LGBT, orang Islam pun kena sokong (macam YB pas seorang tu). Lepas tu dapat pujian puak-puak ini. Apakah ini versi yang YB mahu?

Harus YB ingat, bagi YB, mungkin tidakan MAIS itu tidak betul. Tapi itu adalah persepsi YB semata-mata dan orang lain pun ada persepsi sendiri. Oleh itu, bila YB mendesak kuasa MAIS dirombak semata-mata menurut persepsi YB yang mereka itu tak betul, itu yang dikatakan menghina Sultan. Ia seolah-olah memberi gambaran bahawa Sultan dan penasihat-penasihatnya tidak mampu memberi nasihat pada MAIS.

Akhir sekali, cadangan YB akan merosakkan peranan MAIS itu sendiri. MAIS sepatutnya bebas dari pengaruh kerajaan kerana kerajaan itu ditentukan oleh ahlinya yang mungkin terdiri dari orang yang bukan Islam, orang Islam liberal, dll. Kalau kerajaan itu sokong LGBT, apakah MAIS juga perlu turut? Bagaimana MAIS mahu mempertahankan kesucian Islam kalau ia terpaksa menurut kehendak dewan yang dipengerusikan oleh seorang evangelist Kristian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s