Antara Mujahid dan LGBT

Mujahid sebagai pemuka utama orang Islam yang berlatar belakang agama dalam MKPN beria-ia mempertahankan golongan LGBT.

Kata Mujahid
“Ia (LGBT) duduk di bawah gender dan kita tidak boleh mendiskriminasikan seseorang itu atas asas jantina.

Dalam jantina itu kita sebut orientasi seksual antara lainnya.

Ini saya perlu jelaskan tidak ada kena mengena langsung dengan mengiktiraf LGBT tetapi ia hanya mengatakan bahawa seseorang tidak boleh didiskriminasikan atas kecenderungan seksual.

Saya sebagai orang Islam tidak mungkin saya mengatakan LGBT bagus, tetapi itu bukan bermakna saya menindas dia.

Itu dua benda yang berbeza, saya rasa dalam Islam pun benda itu diakur (tidak betul).

Saya tidak suka dia (pengamal LGBT) tetapi saya kena pertahankan hak dia. Ya kamu gay, saya tak suka akan perkara itu tetapi ia tidak betul jika kamu diberhentikan (kerja) kerana perkara itu,” katanya.- Mkini.

Banyak sangat kecelaruan dalam hujah beliau.

Kata beliau
“Ini saya perlu jelaskan tidak ada kena mengena langsung dengan mengiktiraf LGBT tetapi ia hanya mengatakan bahawa seseorang tidak boleh didiskriminasikan atas kecenderungan seksual.”

Persoalan pertama,
Katakan kecenderungan seseorang itu ialah homoseksual, lesbian, pedophile (seks dengan kanak-kanak), bestiality (kecenderungan seks dengan binatang), jadi adakah atas kefahaman Mujahid, kita tidak boleh mendiskriminasikan kecenderungan seksual sedemikian?

Mungkin nanti ada yang kata, oh cuma homoseksual dan lesbian aje, tapi tidak pada pedophile and bestiality. Masalahnya ialah atas dasar apa untuk menghalangnya sedangkan itu semua termasuk dalam kecenderungan seksual?

Persoalan kedua,
Dalam Quran, Allah S.W.T. menghukum kaum Lut disebabkan kecenderungan seksual mereka terhadap homoseksual. Jadi apakah Al-Quran salah dalam menghukum manusia atas kecenderungan seksual mereka?

Persoalan ketiga
Sekiranya diterima saranan Mujahid, jadi seorang cikgu boleh secara terbuka menyatakan kecenderungan seksualnya (homoseksual atapun pedophile) dan beliau tidak boleh dibuang kerja atas kecenderungan seksual beliau. Jadi anda semua bayangkan anak anak anda di duduk disekolah yang diajar oleh seorang cikgu yang secara terbuka mengaku sebagai pedophile.

Hakikatnya segala saranan LGBT ini tidak ada kena mengena dengan gender. Sekian lama kita biasa bekerja dengan golongan mak nyah. Disekolah, universiti, tempat kerja, malah ada yang menjadi pesonality tv. Tidak ada masalah. Tidak ada diskriminasi dari segi perundangan dan peluang, walaupun mungkin diskriminasi berlaku dalam aspek sosial. Jadi dakwaan Mujahid dalam diskriminasi gender adalah satu kepalsuan.

Yang sebenarnya tuntutan LGBT adalah sama seperti gerakan gerakan LGBT di barat yang mana mereka mahu menuntuk persamaan hak dari segi pengiktirafan status perkahwinan dan juga hak untuk secara terbuka menyatakan orentasi seksual mereka.

Amat malang hari ini kita lihat orang seperti Mujahid, seorang anak ulama dan ahli politik PAS menjadi pemuka bagi meneruskan agenda LGBT. Mujahid sepatutnya bermuhasabah diri dan jangan terlalu ingin sangat menagih pujian dari golognan sekular tidak bertuhan yang hanya ciplak segala yang dibuat oleh polopor ideologi human right dan LGBT dari barat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s