Menjawab Semula YB Khalid Samad

Terma kasih kepada YB Khalid yang sudi menjawab dengan panjang lebar. Bukan senang seorang YB sudi meluangkan masa untuk menjawab komen dari pengunjung biasa seperti saya.

Apa bila saya membaca komen-komen orang tentang debat YB dengan YB Noh, satu sahaja perkara yang sering mereka utarakan, iaitu YB ni nampak amat angkuh. Dalam tulisan YB sendiri pun sama. Apa yang kita lihat ialah sikit sikit YB akan kata ini merapu, itu pening, ini bodoh, itu kamu tak tau, tak sedar diri, bla bla bla. Macam satu trade mark yang mana bila berbincang mesti kata orang lain dengan gelaran tertentu. Selalunya ia dibuat oleh orang yang rasa tercabar lalu dia gunakan panggilan-panggilan ini untuk menampakkan seolah-olah dirinya bijak dan orang yang cuba dijawab itu bodoh. Apa pun, terpulanglah, orang yang baca boleh menilai. Apa pun, kembali kepada isu sebenar.

Isu Pertama: Orang musyrik mengesakan Allah.

Mungkin penggunaan perkataan esa tidak sesuai kerana orang yang tidak memahami secara sepenuh mungkin akan salah sangka, macam YB sendiri. Apakah tarifan esa? Para ulama mentafsirkan pengesaan Allah dalam 3 bentuk, iaitu tauhid Rububiah, tauhid Uluhiyah dan tauhid Asma-Wal-Sifat. Orang musyrik mensyrikkan Allah dalam bab uluhiyah manakala dalam bab Rububiah mereka masih mengesakan Allah (seperti ayat-ayat yang sering dikemukan). Tetapi YB Khalid nampaknya main bungkus semua lalu mendakwa pening. Mungkin YB mendalami pengajian sikit maka tak pening. Saya yakin YB tahu benda ni, kalau tidak tak lah YB sibuk mencabar fatwa ulama PAS dan Jakim.

Isu Kedua: Orang Musyrik pengikut agama Nabi Ibrahim a.s.

YB perlu baca betul-betul apa yang ditulis. Yang ditulis ialah Musyrikin asalnya beragama Nabi Ibrahim a.s. dan menyembah Allah, bukannya kita kata orang Musyrikin pengikut agama Nabi Ibrahim a.s. Kalau ikut stail YB, akan keluar segala gelaran bodoh, tak tau baca, BM tak pass bla bla bla.

Persoalan sekarang ialah apakah YB nak nafikan agama Nabi Ibrahim telah bertapak di bumi Arab sebelum orang Arab menjadi musyrik? Macam mana orang Arab boleh tau perkataan Allah? Macam mana boleh ada Baitullah (rumah Allah) di Mekah dan orang Arab bertawaf keliling Kaabah walaupun sebelum kedatangan Islam? Mana orang Musyrik belajar untuk tawaf Kaabah? Mereka ini cipta sendiri ka atau ia belajar dari orang Kristian ka atau kesan dari peninggalan agama Nabi Ibrahim? Cuba YB bagi pencerahan sikit.

YB memandai-mandai membuat konklusi yang saya menggambarkan orang musyrik lebih dekat dengan orang Kristian. Ini dikatakan putting words in other mouth, satu tindakan yang tidak beretika dalam perdebatan. Kemudian macam biasa lah, keluar segala gelaran. Nampaknya YB lebih pandai bagi gelaran pada orang dari menjawab isu. Isu sebenar tidak dijawab dengan teliti melainkan memberikan gambaran samar-samar seolah-olah orang lain tak tau, kemudian bagi gelaran macam macam.

Dari awal lagi saya sudah menjangka YB akan gunakan ayat As-Saffat 149 untuk mengatakan orang musyrik pun ada kata Allah punya anak. Dalam hal ini saya tak mau pandai-pandai tafsir, tapi kalau kita baca ayat ini, kita akan tahu, isu dalam Ayat ini adalah menyandarkan apa yang mereka tidak suka (anak Perempuan) pada Allah sendangkan apa yang mereka suka (anak Lelaki) pada diri mereka sendiri. Tetapi kita tidak pernah dengar orang musyrik menyembah Anak Tuhan sebagaimana orang Kristian menyembah anak tuhan.

Cuma Satu perkara yang YB tidak menjawab ialah kenapa orang Musyrik itu tidak menamakan patung mereka dengan Allah sebagaimana orang Kristian Malaysia mahu menamakan sembahan mereka dengan nama Allah?

Isu Ketiga: Orang Kristian lagin dekat dengan orang Islam.

Tidak ada siapa pun menafikan perkara ini (YB jangan cepat membuat kesimpulan yang orang lain tak tau. Ini angkuh namanya). Tapi kita bukan bincang Kristian zaman nabi ataupun orang Kristian Arab. Kita bincang Kristian Pope di Rome dan Kristian mata sepet di Negara ini.

Kristian Pope di Rome enggan menggunakan nama Allah walaupun sedang berucap kepada Kristian Arab. Baca betul betul artikel ini. Mereka membetulkan orang yang mengatakan al Rabb itu Allah dengan mengatakan Al-Rabb is NOT ALLAH! Lihat sahaja kebencian mereka terhadap apa apa yang mempunyai kaitan dengan perkataan Allah. Disatu sudut pula ada Kristian mata sepet yang tak tak pernah sebut Allah dalam hidup mereka dan sebut pun pelat tetapi tiba-tiba bangun pagi dan nak kata Allah itu nama tuhan mereka. Get you fact right. Sebelum PRU 12 tidak pernah timbul isu ini, malah di Pulau Pinang, larangan itu di wartakan pada tahun 2010 semasa pemerintahan DAP di Pulau Pinang dan kita tidak mendengar apa-apa bantahan pun. Jadi kenapa tiba-tiba isu ini timbul?

Apa kesimpulan dari isu ini? Kesimpulannya ialah isu nama Allah ini adalah satu provokasi sengaja dari pihak Kristian di Malaysia. Ia tiada kena mengena dengan teologi mereka. YB kata lakum dinukum wa li ya deen, tapi isu ini bukan lakum dinukum wa li ya deen. Sebaliknya ia adalah agenda halus untuk mencapai hasrat IFC.

Isu yang dibincangkan (termasuk dalam debat dengan YB Noh) adalah isu perundangan, tempatan dan tiada kena mengena dengan teologi. Sebaliknya YB lebih minat kepada teologi dan tak habis-habis mahu keluarkan fatwa, mencabar fatwa majlis syura PAS dan juga majlis fatwa kebangsaan. Itulah sebabnya saya katakan kalau nak bincang bab teologi, ia amat longar, dan tak kesudahnya. Cuma antara fatwa Khalid Samad dan ulama PAS, siapa kita nak ikut? Tepuk dada tanya kredibiliti.

Isu Keempat: Bondi Beach

Apakah norma masyarakan di Malaysia dari merdeka sampai sebelum PRU 12? Normanya disemenanjung orang Kristian sebut nama Allah Ka? Merata-rata kita lihat gereja Allah, Isa anak Allah ka? Nampaknya YB sendiri kontradik hujah norma masyarakat yang YB gunakan. YB kata itu soal aqeedah mereka, tetapi kita dah tunjuk bahawa Aqeedah Pope besar mereka ialah enggan mengakui al Rabb itu ialah Allah. Bukankah tindakan mereka ini jelas melanggar norma masyarakat di Malaysia? Dan sebagai pemimpin orang Islam, kenapa YB lebih-lebih nak membantu mereka melanggar norma masyarakat Malaysia? Ini umpama ada orang nak topless di pantai Malaysia macam dia nak buat di Bondi beach dan YB pula beria-ia nak sokong dia atas alasan la kum di nukum wa li ya deen. Itu lah orang kata kepandaian tak kena tempat.

YB tanya kalau orang bukan Islam datang rumah kita macam mana. Kita jawab ia bergantung pada peraturan rumah kita. Kalau peraturan dah sedia ada kata kalau nak guna nama Allah guna dalam bentuk yang betul dan tiba-tiba mereka nak suruh kita iktiraf salah guna mereka, kalau kita benarkan maka kita telah membuka ruang kepada satu kerosakan.

YB pandai menggunakan konteks Nabi untuk lihat kuat hujah, tetapi situasi di zaman Nabi S.A.W. berbeza dengan apa yang ada hari ini. Di zaman nabi S.A.W., orang Islam lelaki boleh kahwin dengan perempuan ahli kitab. Sekarang ini di Malaysia tak iktiraf. Jadi apakah semua negara Islam yang menghalang orang Islam kahwin ahli kitab ini salah kerana Nabi S.A.W. tidak halang? Inilah yang kita katakan menggunakan contoh yang tidak menepati waqi. Mungkin YB juga boleh minta kerajaan benarkan orang Islam kahwin dengan ahli kitab sebagaimana YB beria-ia mahu orang Islam benarkan orang Kristian guna kalimah Allah. Lagi pun Theresa Kok dan Elizberth Wong masih single.

Isu Kelima: penyebaran agama bukan Islam di kalangan orang Islam

YB syorkan “Maka saya syorkan digunakan kaedah yang digunakan Rasulullah (SAW) dan para sahabat. Sambil dihalang penyebaran agama mereka pada orang Islam, seperti pada zaman Umar Al-Khattab, dijelaskan kepada mereka apa itu Islam. Termasuk konsep ketuhanan dalam Islam dan Allah. Dalam keadaan itu, lebih mudah sekiranya mereka gunakan kalimah ‘Allah’ juga apabila merujuk kepada Tuhan pencipta alam.”

Disini saya nak tanya YB, adakah Nabi S.A.W. menghalang orang bukan Islam dari menyebarkan agama mereka pada orang Islam? Jadi apakah tindakan Umar r.a. itu salah sebab beliau buat sesuatu yang Nabi S.A.W. tak buat? Kalau tindakan Umar itu tidak salah, maknanya YB kontradik hujah sendiri.

Apakah YB rasa orang lain tak terangkan Islam dan konsep ketuhanan dalam Islam pada orang bukan Islam bila mereka tak bagi orang bukan Islam guna nama Allah? Adakah semestinya nak guna nama Allah baru di kira kita terangkan? Inilah yang kita kata syok sendiri kerana merasa hanya diri sendiri yang menjuarai sesuatu perkara.

Apa yang YB syorkan adalah pendapat YB semata-mata sedangkan orang lain pun ada pendapat sendiri. Misalnya sekiranya kita bezakan antara Allah orang Islam dan agama lain, mungkin akan timbul minat untuk mengetahui, apakah beza Allah Islam dan yang lain. Kalau Allah Islam dan Allah Kristian sama (dari segi nama), maka orang bukan Islam akan kata semua agama sama, masuk Kristian pun sembah Allah, masuk Islam pun sembah Allah. Tapi masuk Kristian boleh minum arak, makan khinzir, pakai seksi. Masuk Islam tak boleh. Jadi siapa yang rugi di sini? Malahan di negara barat yang mana orang Kristian tidak gunakan nama Allah, Islam berkembang dengan sangat pesat sehingga dikatakan sebagai fastest growing religion. Tetapi di Indonesia, walaupun orang Kristian gunakan Allah secara meluas, tetapi statistik menunjukkan Islam makin menguncup dan Kristian makin berkembang.

Isu Keenam: Orang Kristian provok orang Islam dan mereka kata sebaliknya

Jadi siapa provoke siapa? YB kata kita mencampuri urusan agama mereka , tapi kita buktikan bahawa nama Allah itu bukan urusan agama mereka sehinggakan ketua agama mereka pun enggan menggunakan Allah dalam Bahasa arab. Dikalangan mereka pun berbalah dalam isu ini malah ada yang mendakwa orang Kristian yang menyembah Allah sebagai sesat, Allah sebagai Moon God, Pagan God dan bermacam macam lagi. Kalau ia urusan agama mereka, YB perlu buktikan dulu bahawa tanpa menggunakan nama Allah, agama Kristian itu tidak lengkap. Apa yang ditunjukkan YB adalah YB sengaja mencari-cari alasan untuk menghalalkan tindakan mereka. Itu saja. Apa yang saya lihat adalah sebaliknya, iaitu tindakan orang Kristian cuba mencampuri urusan orang Islam kerana tidak semena-mena mahu menggunakan nama Allah yang selama ini mereka tidak gunakan untuk disandarkan pada nama tuhan mereka. Ini yang kita katakan provokasi. Lagipun undang-undang yang diwartakan, malah di Penang pada tahun 2010 adalah diatas kehadiran mereka dan mereka tidak membantah. Tapi tiba-tiba, bila mereka ada kuasa politik sikit, mereka membantah. Jadi siapa provoke siapa?

Isu Ketujuh: Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam

YB nampaknya tak boleh berhenti dari “putting words in others mouth”. Ini petanda orang yang cetek dalam berhujah. Oleh kerana tidak dapat mengeluarkan hujah secara jelas, cara mudah yang menyandarkan satu kelemahan pada orang yang dituju lalu gunakan isu itu untuk menguatkan hujah sendiri. Tidak hairan mengapa YB kalah kena saman rabak rabak hari tu sebab terlalu gemar putting words in others mouth.

Adakah kita takut orang Kristian pengaruhi orang Islam sedangkan orang Kristian hanya 9% dari rakyat Malaysia? Tidak, yang kita takut ialah orang Islam yang 60% itu. YB sebagai orang berpengalaman dalam politik sepatutnya boleh lihat dengan lebih mendalam akan tujuan undang-undang tersebut. Kadang kadang tujuan undang-undang itu bukan untuk lindungi orang Islam sahaja, tetapi juga melindungi orang Kristian itu sendiri. Kalau tindakan orang Kristian yang 9% itu menyebabkan orang Melayu marah dan berlaku rusuhan, siapakah yang rugi? Oleh itu, YB jangan sempitkan pandangan hanya pada persoalan dakwaah, sebaliknya melihat kepada perlindungan terhadap puak 9% dari menjadi mangsa 60%.

Harus YB ingat, bukan semua orang berpeluang belajar sampai UK macam YB. Orang di kampung pemikiran mereka berbeza. Oleh itu, YB perlu lihat suatu isu dalam konteks yang lebih luas. Dan apa kena mengena isu nama Allah dengan Islam tidak perlu disampaikan? YB tak habis-habis bangkitkan isu yang tiada kena mengena lalu cuba disandarkan pada saya semata-mata YB mahu kelihatan hebat. Next time be a bit more professional in you debate.

Isu Kelapan: Nama Allah dan UMNO

Itulah masalah orang PAS dan PR. Apa-apa hal, mereka mahu kaitkan UMNO sedangkan isu ini tiada kena mengena dengan UMNO. Mungkin secara tidak langsung mereka terlibat kerana yang menjuarai isu ini adalah orang PR sendiri macam YB Khalid, walaupun pendirian PAS pun sama seperti UMNO, tapi UMNO tetap perlu di persalahkan.

Ramai orang yang tidak setuju pun undi PR dulu, malah bila Nik Aziz kata tak boleh guna nama Allah, berpusu-pusu penyokong PAS menyalak seolah-olah mereka itulah paling kedepan menjuarai isu nama Allah. Ini menunjukkan dalam hati banyak penyokong PAS sendiri pun tidak bersetuju dengan tindakan puak Kristian cuma mereka sembunyikan semata-mata kerana kepentingan poitik.

Isu Kesembilan: IFC

Apa yang merapu pasal IFC? Tidak kah YB sendiri boleh baca tuntutan Ke-9 mereka iaitu “ialah supaya orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya”. Bukankah ia suatu yang kena mengena? Sekiranya yang 9 terlaksana, maka yang lain akan menyusul. Itulah sebabnya saya kata ia adalah suatu provokasi semata-mata. Dan bukankah segala tuntutan IFC adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan isu perundangan sebagaimana asal tajuk debat ini? Jadi apa yang tak ada kena mengenanya?

Kesimpulan

Hujah YB saya lihat satu sahaja, iaitu beralasan kenapa Rasulullah S.A.W. tak halang dan kita nak halang. Kalau nak bincang bab tu susahlah sebab banyak hukum-hukum yang dilakukan hari ini berdasarkan waqi tempatan yang berbeza dengan zaman dan keadaan. Macam nak debat kenapa tak boleh kahwin ahli kitab. Kalau nak guna contoh zaman Nabi, memanglah YB menang. Theresa Kok dan Elizabeth Wong pun dah boleh jadi isteri solehah. Tapi menang itu menang yang syok sendiri sebab menang berhujah yang tidak berpijak di bumi yang nyata.

Kembali pada persoalan saya. Yang menuntuk nak guna kalimah Allah ini adalah puak Kristian, kenapa YB Khalid pula yang lebih-lebih nak berhujah dipihak mereka? Mereka yang tuntut, biarlah mereka yang keluarkan hujah. Tetapi bila ada orang Islam yang lebih sudu dari kuah, senanglah kerja puak kafir. Memang tindakan YB akan menjadikan diri YB popular dikalangan orang kafir (macam yang Anwar dok buat di kajang sekarang), tetapi populariti dicapai dengan menyusahkan umat Islam yang lain. Isu nama Allah ini tidak ada isu sekiranya umat Islam sepakat tidak melayan tuntutan mereka. Tetapi bila ada orang macam YB, kerja umat Islam jadi susah. Bila umat Islam berhujah, pihak kristian akan kata, ha tu kenapa Khalid Samad sokong.

Akhir sekali, sekiranya YB rasa apa yang umat Islam buat itu tak betul, di Selangor, YB adalah adun Selangor. Bawa usul untuk batalkan fasa 9 enekmen tersebut di negeri Selangor. Dengan itu, kita tak perlu lagi bertekak dan negeri Selangor akan menjadi negeri contoh yang melaksanakan apa yang Rasulullah S.A.W. laksanakan (dan jangan lupa dalam bab kahwin ahli kitab juga).

BTW, Grand Marquis itu bukanlah suatu nama yang pelik. Kalau biasa duduk di Amerika atau di Timur Tengah, kita akan tahu itu sekadar Model jenama kenderaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s