Ulasan Debat antara YB Khalid Samad dan YB Noh Omar – Bahagian 1

muzakarah

Sebelum ini saya telah membuat satu jawapan ringkas terhadap ulasan debat beliau dengan YB Noh Omar di bawah tajuk “Kecewa Noh Omar Tidak Mampu Sekolahkan Saya” blog beliau. Setelah video debat beliau muncul di Youtube, maka kita boleh membuat analisis hujah-hujah yang dikemukakan dalam debat tersebut. Oleh kerana debat ini agak panjang dan banyak isu-isu yang perlu diberi perhatian, maka ulasan ini di pecahkan kepada dua posting supaya ia tidak terlalu panjang.

Ulasan ini lebih tertumpu pada hujah-hujah YB Khalid Samad kerana beliau dilihat lebih banyak mengeluarkan pendapat berbanding dengan YB Noh Omar yang lebih banyak mengemukakan fakta berkaitan dengan perundangan. Dalam ulasan ini, kita akan mengelak dari mengemukakan hujah balas kecuali bila kesalahan fakta itu amat jelas kerana adalah sia-sia untuk melawan hujah atas hujah atas dasar kejahilan kerana hujah-hujah kita adalah tafsiran orang awam yang tidak ada authoriti dalam agama. Ini selaras dengan keberhatian kita dalam menyentuh soal-soal agama agar kita tidak memperkatakan sesuatu tentang agama dalam kita tidak berkelayakan untuk membicaranya.

Pendekatan Pendebat

Diantara pendebat, YB Noh Omar memilih pendekatan mengemukakan fakta-fakta berkaitan undang-undang negeri dan persekutuan yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam. Dalam isu teologi, YB Noh Omar sekadar mengemukakan pendapat dari majlis fatwa dan juga pendapat yang dikeluarkan oleh majlis syura PAS sendiri. Ini selaras dengan penekanan beliau bahawa beliau bukan orang yang “pakar” dalam mentafsirkan atau mengeluarkan hukum dalam isu-isu ini.

YB Khalid Samad pula pendekatan beliau lebih kepada mengeluarkan pandangan, pendapat serta tafsiran beliau dalam sudut teologi mahupun dalam aspek perundangan dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam. Tindakan YB Khalid amat jelas sehinggakan forum atau debat ini seperti 2 lawan 1, iaitu antara YB Noh dan Moderator vs YB Khalid Samad dalam persoalan tentang kelayakan, kepakaran dan tafsiran individu dalam isu agama mahupun perundangan.

Isu Kepakaran

Oleh kerana YB Khalid Samad banyak timbulkan isu tafsiran, isu kepakaran adalah satu topik hangat yang dibincangkan yang mana YB Khalid Samad mendakwa, sekiranya kepakaran beliau (dan juga YB Noh Omar) dipertikaikan, maka mereka tidak sepatutnya mereka dijemput untuk menjadi ahli panel dalam perdebatan ini. Persoalannya benarkah dakwaan YB Khalid Samad?

Adakah apabila kita dijemput menjadi ahli panel, kita secara automatik mempunyai kepakaran dalam suatu hal? Pada pendapat saya, YB Khalid Samad dijemput kerana YB adalah orang yang paling lantang dikalangan YB pembangkang dan YB orang Islam yang mempertahankan tindakan golongan Kristian. YB dijemput bukan kerana kepakaran sebab dari segi kelulusan akademik mahupun pengalaman, ternyata YB bukan dari pengajian Islam mahupun dari latar belakang perundangan (sebagaimana tajuk perdebatan ini). Sekurang-kurangnya YB Noh Omar merupakan seorang yang mempunyai latar belakang perundangan. Jadi apakah aspek kepakaran yang boleh kita sandarkan?

YB Khalid Samad dijemput kerana kelantangan YB mempertahankan orang Kristian dalam menggunakan kalimah Allah. Itu sahaja. Jadi orang ramai ingin mendengar sendiri, apakah yang membuatkan YB Khalid Samad begitu yakin dan lantang menyokong mereka sendangkan para ulama sama ada dalam UMNO mahupun PAS sendiri menentangnya. Ternyata dalam debat tersebut, apa yang penonton dengan tidak lebih daripada pendapat serta tafsiran YB sendiri dalam isu tersebut. Jadi timbul persoalan dihati penonton, mahupun YB Noh Omar dan moderator sendiri, apakah kepakaran YB yang melayakkan YB untuk mentafsirkan nas dan mengeluarkan “fatwa” yang bertentangan dengan mereka yang mempunyai lebih kelayakkan. Sekirannya semua orang ambil pendekatan seperti YB, maka caca marba agama ini kerana setiap orang akan mentafsirkan nas menurut kecenderungan sendiri.

Mungkin YB Khalid Samad akan berkata, daripada mempertikaikan “kepakaran” anda, adalah lebih baik kita keluarkan hujah untuk menjawab persoalan yang dikemukakan YB. Jadi YB sepatutnya pergi bersemuka dengan mereka dan perdebatkan isu ini dengan mereka. Kita tak tau sama ada YB dah buat ke belum (minta pencerahan), kalau boleh kita nak berbaik sangka, tapi tingah laku YB dalam program debat ini seolah-olah YB meremehkan pandangan mereka seolah-olah mereka ini membuat fatwa atas dasar kejahilan.

Masalah Al-Illah – Kepakaran yang Tersasar

Dalam majlis tersebut (dan juga di blog beliau sebelum ini), YB Khalid mendakwa perkataan Allah ini adalah gabungan Al Illah ataupun dalam terjemahan literalnya ialah The God. Benarkah dakwaan ini? Bagi mereka yang mempelajari asas tatabahasa Arab, apabila perkataan YA digunakan dihadapan suatu perkataan, AL akan digugurkan. Misalnya nama dan sifat-sifat Allah didahului dengan Al, misalnya Ar-Rahman, Ar-Rahim, Al-Ghafur bagi menunjukkan THE most merciful, dll. Tetapi dalam doa, kita menyebut Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Ghafur, dll. Ini kerana dari sudut tatabahasa Arab, perkataan Al akan digugurkan bila YA berada dihadapan perkataan. Sekarang ni kita nak tanya YB Khalid, anda sebut YA Allah atau YA illa. Sekiranya benar perkataan Allah ini adalah gabungan perkataan Al illah (The God), maka kita akan sebut YA illa. Tetapi kita tidak pernah dengar mana-mana orang Islam sebut Ya illa, sebaliknya kita sebut Ya Allah. Ini menunjukkan perkataan Allah itu bukan gabungan perkataan, sebaliknya adalah satu nama khas bagi Tuhan semesta alam yang esa, tidak beranak dan tidak diperanakkan.

Di sini sahaja kita sudah lihat bagaimana mereka yang mengaku pakar boleh tersasar dalam isu yang begitu mudah. Bagaimana pulak mahu mengeluarkan fatwa yang melibatkan urusan kepentingan umat Islam?

Bersambung bahagian 2….

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s