Allah tiada beza, Cuma Kebenaran Penggunaan Oleh orang Kristian Berbeza

Bezakah ALLAH di Semenanjung dengan Sabah Sarawak?

Itulah persoalan yang dikemukan oleh YB Khalid Samad.

Sebelum itu, ingin saya tanya beliau, bezakah Al-Quran yang digunakan di Malaysia dan Indonesia? Di Indonesia, orang lelaki Islam boleh berkahwin dengan wanita ahli Kitab (Kristian) sedangkan undang-undang Islam di Malaysia tidak membenarkan walaupun jelas perkahwinan dengan Ahli Kitab dibenarkan dalam Al-Quran.

Inilah yang kita kata uruf tempatan dan syasah syariah. Undang-undang berbeza bergantung pada keadaan tempatan (undang-undang dan persekitaran tempatan). Allah di Semenanjung dan Sabah Sarawak memang sama, tapi penggunaannya oleh orang bukan Islam di Semenanjung dan Sabah Sarawak berbeza kerana uruf tempatan dan perjanjian asal yang berbeza. Kalau nak selaraskan boleh. Tapi ada 2 pilihan,

  1. Larang orang Kristian Sabah dan Sarawak dari menggunakannya sebagaimana di Semenanjung atau
  2. Benarkan semua orang guna tak kira Sabah dan Sarawak atau Semenanjung

Mana satu pilihan YB? Kalau pilih 1, orang sabah dan sarawak marah, kalau pilih 2 orang semenanjung pulak marah jadi apa solusi YB?

YB ni memang suka guna perjanjian Hudaibiyah. Jadi apakah perjanjian Hudaibiah antara Nabi S.A.W. dan orang Mekah perlu diaplikasikan di Madinah juga?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s